Profil Syarikat

Nama Syarikat             : IMP Network Systems Sdn Bhd

No. Pendaftaran           : 631318-X

Tarikh ditubuhkan        : 14 Oktober 2003

Modal yang dibenarkan : RM 5.0 Juta

Modal berbayar            : RM 2.5 Juta

Lesen AJL : Untuk selama 5 tahun - AJL No. : 931486 (Dari 19 Mac 2004 sehingga 18 Mac 2009)
Telah diperbarui untuk 1 tahun - ( Dari 22 April 2009 sehingga 21 April 2010 )
Lesen AJL

Ahli Lembaga Pengarah 

1) Ahmad Shahrir Bin Mohd Salleh

2) Naim Bin Mohamat Kasim

No Akaun Bank Maybank : 5624-0550-5402

Nama Penerima : IMP Network System

Alamat Ibu Pejabat

No 8, Jln H3

Taman Melawati

53100 Kuala Lumpur.

Tel : 03-6193 9932

Fax : 03-4142 2880

Email : mailbox@imp2u.com

Misi Dan Visi

MISI

Mewujudkan satu Komuniti imp2u berdasarkan prinsip-prinsip asas Komuniti imp2u iaitu :
• Berpengetahuan, bermaklumat, berkemahiran dan berteknologi tinggi.
• Memiliki nilai-nilai peribadi yang murni.
• Bersatupadu, bekerjasama dan saling bantu membantu sesama ahli.
• Memiliki semangat keusahawanan yang tinggi dan mempunyai kedudukan   
  kewangan yang mantap.
• Mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi.
• Menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.
• Mewujudkan jaringan diperingkat GLOBAL.

VISI

Memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan & peluang yang terbaik kearah mewujudkan Komuniti imp2u.

Komuniti IMP2U

Apakah Komuniti imp2u ?

Komuniti imp2u adalah cetusan dari satu kesedaran untuk mewujudkan kumpulan atau jaringan perniagaan untuk memasarkan produk yang jelas status halal dan baik (Halalan Thoyyiba) serta melahirkan usahawan muslimin yang sejati. Produk-produk yang dipasarkan adalah produk yang berstatuskan Amalan Pengilangan Islam atau ’Islamic Manafacturing Practice’(IMP)

Matlamat Utama Komuniti imp2u

1. Memastikan ahli dapat mengguna dan mengedarkan produk yang halal lagi baik seperti mana yang diperintahkan oleh Allah Ta'ala atas kita memakannya iaitu "HALALAN THOYYIBA': Iaitu makanan yang mampu (dgn izin Allah) mengubah Pemikiran, Perasaan, Jiwa dan Akhlak manusia dari kegelapan kepada Petunjuk Ilahi.

2. Mencari keredhaan Allah melalui pemakanan di mana kita akan pastikan semua darah daging kita adalah hasil dari makanan yang Halalan Thoyyiba.

3. Memasarkan produk IMP kepada pengguna agar dapat melahirkan ahli masyarakat dan generasi yang beriman dan bertaqwa kepada Allah s.w.t.

4. Memberi ruang dan peluang kepada perniagaan Islam agar mendapat sedikit keuntungan atas usaha perniagaan ini disamping menambahkan rezeki yang sedia ada. Semoga ada dikalangan usahan nanti menjadi sebagaimana Abdul Rahman bin 'Auf iaitu sahabat Rasulullah SAW yang merupakan seorang usahawan Islam yang hebat.

5. Menjalinkan hubungan sesama ahli di dalam komuniti imp2u (Silatur Rahim & Ukhwah) melalui program usrah, tazkirah, kursus, rehlah dan pengajian yang akan diadakan dari masa kesemasa. Disamping itu dapat juga menambahkan ilmu dan beramal dengan ilmu yang jelas agar dapat sampai ke hadhrat Allah s.w.t.

Islamic Manufacturing Practice

Mesej Dari CEO

Assalamualaikum Wbt. dan Salam Sejahtera.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmat hidayah dan kasih sayangNya dapat kita bertemu dalam satu kabilah atau komuniti imp2u. Dengan sukacitanya kami mengalu-alu penyertaan anda di dalam komuniti imp2u ini.

Matlamat utama Komuniti imp2u ialah untuk memberi kesedaran dan menggalakkan orang ramai mengguna dan memasarkan produk yang berstatuskan IMP iaitu produk yang dikilangkan melalui Amalan Pengilangan Islam atau ’Islamic Manufacturing Pratice’(IMP) secara sistem rangkaian. Produk IMP ini merupakan produk yang bukan sahaja halal dari segi jasmaninya, bahkan baik dari segi rohaninya iaitu Halalan Thoyyiba. Dengan pelan pemasaran yang adil dan mudah berserta penggunaan sistem internet dan SMS, pengurusan yang cekap dan komitmen yang tinggi dari semua pihak, kita cukup yakin kita mampu mencapai matlamat ini dengan jayanya seterusnya menjadi pemangkin kepada perkembangan ekonomi keluarga dan negara kita Malaysia.
Bersama mencari keredhaan Allah.
Wallahua’lam

Ahmad Shahrir Bin Hj. Mohd Salleh
Ketua Pegawai Eksekutif
.