PLAN PEMASARAN

 

PLAN PEMASARAN

 

Keahlian

1.     Pendaftaran Ahli – RM30 – dapat kad keahlian dan buku panduan pengedar.

2.     Untuk ahli kekal aktif, ahli dimestikan untuk membeli sekurangnya satu produk dalam setahun.

 

Pembelian Peribadi

 

Setiap ahli bebas membeli produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh imp2u.  Produk imp2u boleh dibeli dengan harga pengedar (Distributior Price atau DP), untuk kegunaan sendiri atau untuk dijual kepada pelanggan dengan harga pelanggan (Customer Price atau CP).  Dengan cara sedemikian, anda boleh perolehi keuntungan runcit secara terus.

 

 

Penajaan

Dalam pemasaran berangkai, anda hanya boleh bergerak maju jika anda menaja ahli baru ke dalam kumpulan anda. Dengan menaja dan mengajar mereka cara yang betul mengendalikan perniagaan, anda akan berjaya memajukan perniagaan anda. Bina perniagaan anda dengan membantu ahli bawahan anda membina perniagaan mereka

 


 

 

1. Pelan Pengguna

     a) Pelan Generasi Unilevel

50 BV yang pertama hasil Pembelian Peribadi Terkumpul bulanan adalah untuk pengiraan bonus Pelan Pengguna. Ahli yang aktif di dalam Pelan Pengguna adalah ahli yang melakukan pembelian peribadi terkumpul bulanan sebanyak 50 BV.

 

Seseorang ahli yang aktif akan mendapat 10% daripada BV untuk belian peribadi masing-masing.

                        

Seseorang ahli yang aktif Pelan Pengguna layak untuk ‘overriding’ 7 % daripada BV untuk setiap generasi bermula dari generasi pertama sehingga generasi ke sembilan.

 

Generasi

Peratus %

U

10

1

7

2

7

3

7

4

7

5

7

6

7

7

7

8

7

9

7

 

b) Dana Ikhlas

4 % daripada 500 BV hasil Pembelian Peribadi Terkumpul yang pertama setiap ahli akan diperuntukkan kepada tabung ini. Dana ini akan didermakan kepada organisasi-organisasi, tabung-tabung atau orang perseorangan yang layak menerimanya.


 

 

2. Pelan Usahawan

BV hasil Pembelian Peribadi Terkumpul bulanan yang lebih daripada 50 BV adalah dikira untuk bonus Pelan Usahawan. Ahli yang aktif di dalam Pelan Usahawan adalah ahli yang melakukan pembelian peribadi terkumpul bulanan minima sebanyak 100 BV. 50 BV yang pertama adalah untuk pengiraan Pelan Pengguna dan 50 BV selebihnya adalah dikira untuk Pelan Usahawan.

Seseorang ahli yang aktif Pelan Usahawan layak untuk ‘overriding’ mendapat bonus-bonus dan kenaikan pangkat seperti berikut :

 

a.     Distributor (pengedar) – 5% hingga 15%

b.     Ruby Manager (RM) – 15%

c.      Pearl  Manager (PM) – 20%

d.     Diamond Manager (DM) – 30%

e.      Diamond Director (DD) – 30%

f.       Senior Diamond  Director (SDD) – 30%

g.     Crown Diamond (CD) – 30%

 

 

Carta Pangkat dan Kenaikan Pangkat

 

Syarat untuk mendapat bonus Plan Usahawan : Belian Peribadi Bulanan (PS) minima sebanyak 50BV dan syarat minima PS untuk setiap bonus yang ditawarkan mengikut jadual dibawah :

 

 

Bil

Pangkat

Syarat Kenaikan Pangkat

1

Distributor

(D)

 

Daftar ahli RM30.00

50BV –  999BV = 5%

1000 BV – 2999 BV =10%

3000 BV – 15%

2

Ruby Manager (RM)

1. PS 3000 BV  akumulatif, tanpa had masa, atau;

2. PS 1,500 BV terkumpul dalam sebulan, atau;

3. PS 1,000BV dalam Satu Resit Belian, atau ;

4. Membina 2 RM bawahan secara terus

 

3

Pearl Manager (PM)

Mempunyai 3 RM, di mana 1 RM daripadanya adalah tajaan terus dan 2 RM dari kumpulan yang berlainan

 

4

Diamond  Manager

(DM)

Mempunyai 3 PM di mana 1 PM daripadanya adalah tajaan terus dan 2 PM dari kumpulan yang berlainan

 

5

Diamond Director

(DD)

Mempunyai 1 DM tajaan terus

 

 

6

Senior Diamond Director (SDD)

Mempunyai 2 DM,di mana 1 DM daripadanya adalah tajaan terus dan 2 DM dari kumpulan yang berlainan

 

7

Crown Diamond (CD)

Mempunyai 3 DM di mana 2 DM daripadanya adalah tajaan terus dan 1 DM dari kumpulan yang berlainan

 

 

 

Ganjaran yang ditawarkan untuk Plan Uasahawan adalah seperti berikut :

1. Untung Runcit - 10% hingga 25%

2. Bonus Kemajuan Pengedar - 5% hingga 30%

3. Bonus Anugerah CT0 – 4%

4. Bonus 7 Generasi  - 20%

5. Bonus Kemajuan  Pemimpin – 20%

6. Bonus Perdana – 4%

 

 

1.              Untung Runcit  - 10% hingga 25%

Keuntungan segera yang dinikmati oleh setiap ahli apabila membeli produk dengan harga pengedar (DP) dan menjual dengan harga pelanggan (CP)

 

 

2.              Bonus Kemajuan Pengedar – 5% hingga 30%

Bonus ini adalah bonus yang membezakan pangkat pengedar. Bermula dengan 5% bonus ke atas jualan peribadi sehingga pengedar mencapai 30%. Bonus juga dinikmati oleh pengedar  apabila berlakunya jualan pengedar bawahan yang lebih rendah pangkatnya atau juga dikenali sebagai "Bonus Perbezaan Pangkat" atau "overriding bonus"

·        Belian peribadi terkumpul sebanyak 50 BV hingga 999 BV, layak mendapat  5%

·        Belian peribadi terkumpul sebanyak 1,000 BV hingga 2,999 BV, layak mendapat  10%

·        Belian peribadi terkumpul melebihi 3,000 BV atau berpangkat RM, layak mendapat  15%

·        Berpangkat PM, layak mendapat 25%

·        Berpangkat DM, DD, SDD dan CD, layak mendapat 30%

 

 

3.              Bonus Anugerah CTO - 4%

4 % daripada BV Plan Usahawan dikongsi oleh pengedar berpangkat PM dan ke bawah mengikut syer masing-masing bersama-sama pengedar-pengedar lain yang layak mengikut kiraan kouta jualan peribadi (PS)

 

Untuk PM ke bawah sahaja

PS - BV

Syer

300

1

500

2

1,000

4

 

 

4.              Bonus 7 Generasi - 20% :

Mempunyai Belian Peribadi sebanyak 100 BV Penentu generasi berdasarkan Belian Peribadi 100 BV, 300 BV atau 500 BV di mana mampatan generasi bawahan mengikut belian peribadi pengedar.

 

Syarat: PS  BV : 100 / 300 / 500

Mampatan ke bawah sehingga 7 generasi PS yang sama

 

Generasi

1

2

3

4

5

6

7

Peratus

5

4

3

2

2

2

2

 

 

5.              Bonus Kemajuan Pemimpin – 20%

Bonus untuk  DM dan ke atas bersyarat PS Dan PGS kumpulan masing-masing dalam pangkat yang sama

 

Pangkat

DM

DD

SDD

CD

Syarat PGS - BV

3,000

2,000

1,000

500

PGS  Sendiri

5%

5%

5%

5%

Generasi 1

5%

5%

5%

5%

Generasi 2

 

4%

4%

4%

Generasi 3

 

 

3%

3%

Generasi 4

 

 

 

3%

 

6.              Bonus Perdana – 4%

Syarat kelayakan adalah pengedar yang berpangkat DM ke atas dan membuat Belian peribadi sebanyak 200 BV.

4% daripada BV Plan Usahawan dikongsi mengikut  pembahagian syer berdasarkan PS 200 BV

 

 

Syarat

PS 200 BV / Bulanan

Pangkat

Syer

DM

1

DD

2

SDD

3

CD

4

 

 

Nota : PS : Jualan Peribadi, PGS ; Jualan Kumpulan Peribadi, BV : Bonus Value

 

 

3. Plan Mega

Mana-mana ahli yang telah berdaftar sebagai ahli layak untuk menikmati Plan Mega ini. Selain dari pembelian untuk pengekalan pembelian bulanan, ahli juga diberi pilihan untuk menikmati bonus di dalam Plan Mega ini.

 

Syarat-Syarat

Ahli dikehendaki untuk membuat pembelian minima terkumpul sebanyak 75 BV.

 

     Ganjaran

a)    Ganjaran Istimewa

Pihak penaja akan mendapat ganjaran sebanyak 33.33% dari pada jumlah BV hasil dari pembelian produk oleh ahli bawahan tajaan terus.

 

b)    Ganjaran Rangkaian

Ahli akan menikmati 8% daripada jumlah BV dari kumpulan yang kedua terbesar dan 16% dari kumpulan yang ketiga terbesar dan kumpulan kecil yang lain. Semua BV ini tidak dihapuskan pada setiap bulan bahkan diambil kira untuk bulan seterusnya. Jumlah BV yang diambil kira adalah tidak melebihi 7.5 Juta BV bagi setiap kumpulan.

Jika sekiranya perkembangan jualan kumpulan pengedar bawahan  tidak mencapai seperti mana syarat yang telah ditetapkan, sistem akan menunggu sehingga satu (1) tahun untuk pengedar memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan dan layak menerima Ganjaran Rangkaian.

 

 

c)     Ganjaran Pencapaian

1.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 7,500 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan dan mendapat 1,000 mata ganjaran.

 

2.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 37,500 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan mendapat 5,000 mata ganjaran.

 

3.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 150,000 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan mendapat 20,000 mata ganjaran.

 

4.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 375,000 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan mendapat 50,000 mata ganjaran.

 

5.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 750,000 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan mendapat 100,000 mata ganjaran.

 

6.     Sekiranya seseorang pengedar mempunyai 3 kumpulan yang mempunyai sekurang-kurangnya 7,500,000 BV untuk setiap kumpulan, beliau akan dinaikkan pangkat kepada ahli Crown Manager dan beliau akan mendapat 300,000 mata ganjaran.

 

 

Untuk ganjaran No. 2 hingga 5, ahli hanya boleh memilih satu ganjaran sahaja. Jika anda memilih untuk mendapatkan ganjaran No. 3, maka beliau tidak akan mendapat ganjaran No. 4 dan 5.

 

  

d)    Ganjaran Kepimpinan

 

25% daripada Ganjaran Rangkaian seseorang pengedar untuk diagih-agihkan kepada penaja-penaja. Ganjaran Kepimpinan ini adalah dari peruntukan yang lain dan tidak ditolak dari Ganjaran Rangkaian pengedar.

 

Seseorang pengedar layak untuk ‘overriding’ 10% jumlah pendapatan dari Ganjaran Rangkaian pengedar tajaan terus. Pengedar juga layak untuk ‘overriding’ 5% daripada generasi kedua hingga keempat.

 

 

 

 


 

Generasi

 

1

 

 

2

 

3

 

4

 

5

1

10%

10 %

10 %

10 %

10 %

2

5 %

5 %

5 %

5 %

5 %

3

  5 %

5 %

5 %

5 %

5 %

4

  5 %

5 %

5 %

5 %

5 %

 

 

e)     Ganjaran Royalti Gold

Syarat untuk mendapat ganjaran ini ialah dengan membeli 150 BV untuk plan mega.

Ahli akan mendapat 1 point untuk setiap ahli dibawah rangkaian beliau yang membeli 150 BV sehingga 10 generasi.

 

f)      Ganjaran Royalti Taja 3 Gold

Syarat untuk mendapat ganjaran ini adalah dengan membeli 150 BV untuk plan mega dan mempunyai 3 ahli bawahan terus yang membeli 150 BV untuk plan mega.

Ahli akan mendapat 2 point untuk setiap ahli dibawah rangkaian beliau yang membeli 150 BV dan mempunyai  3 ahli bawahan terus yang membeli 150 BV untuk plan mega sehingga 10 generasi.


 

 

  

MISI

Mewujudkan satu Komuniti imp2u berdasarkan prinsip-prinsip asas Komuniti imp2u iaitu :

         Berpengetahuan, bermaklumat, berkemahiran dan berteknologi tinggi.

         Memiliki nilai-nilai peribadi yang murni.

         Bersatupadu, bekerjasama dan saling bantu membantu sesama ahli.

         Memiliki semangat keusahawanan yang tinggi dan mempunyai kedudukan kewangan yang mantap.

         Mempunyai tanggungjawab sosial yang tinggi.

         Menyumbang kepada pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

         Mewujudkan jaringan diperingkat GLOBAL.

 

 

VISI

Memberikan perkhidmatan dan menyediakan kemudahan & peluang yang terbaik kearah mewujudkan Komuniti imp2u.


 

 

 

POLISI DAN PERATURAN

POLISI & PERATURAN

 

imp2u membenarkan pengedar yang berdaftar menjual produknya secara langsung. Polisi dan peraturan perniagaan adalah mengenai perhubungan antara pengedar dengan syarikat dan perhubungan antara pengedar-pengedar. Ia bertujuan untuk mewujudkan keharmonian di antara para pengedar yang berdikari. Ia juga melindungi faedah para pengedar di bawah plan pemasaran. Syarat-syarat berikut dikenakan untuk membekalkan peluang berniaga secara adil dan saksama kepada semua pengedar dan tidak bermaksud menyekat perniagaan mereka.

 

 

1.       BAGAIMANA MENJADI AHLI IMP2U SEUMUR HIDUP ?

 

1.1.         Permohonan

Boleh dipohon oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, pendidikan, agama atau latar belakang keluarga.

 

1.2.         Kelayakan

Seseorang pemohon harus berusia sekurang-kurangnya 18 tahun untuk menjadi pengedar. Mesti waras fikiran.

 

1.3.         Proses permohonan

Ahli baru boleh mengisi Borang Permohonan dan hantar ke Ibu Pejabat imp2u. Pihak syarikat berhak menolak sebarang permohonan tanpa memberi alasan kepada pemohon.

 

 

2.   TANGGUNGJAWAB SEORANG PENGEDAR

 

2.1.         Pembelian Stok

Hanya Pengedar imp2u yang berdaftar sahaja dibenarkan menjual produk syarikat. Pengedar boleh menyimpan stok dan bahan sampingan perniagaan lain yang mencukupi untuk memenuhi permintaan ahli bawahnya.


 

 

2.2.         Hasil Jualan

Semua borang pesanan dan bayaran harus diserahkan kepada syarikat sebelum atau pada tarikh terakhir urusniaga setiap bulan, kegagalan untuk berbuat demikian akan menyebabkan ahli tidak layak menerima ganjaran bonus pada bulan tersebut.

 

 

2.3.         Perhatian semasa Berurusniaga

 

2.3.1. Resit jualan imp2u harus dikeluarkan bagi setiap jualan kepada pengguna, begitu juga maklumat tentang syarikat dan produk.

 

2.3.2.  Pengedar tidak dibenarkan memberi gambaran yang salah terhadap produk imp2u dengan apa cara sekalipun dalam semua urusniaga, misalnya menyatakan sesuatu produk tersebut mempunyai nilai atau mutu yang tidak dinyatakan oleh syarikat. Sekiranya berlaku perkara yang menjejaskan reputasi syarikat, maka seseorang pengedar terpaksa memikul segala kerugian yang terjadi dan tidak dibenarkan meminta perdamaian menerusi apa kaedah sekalipun.

 

2.3.3.  Pengedar imp2u tidak dibenarkan menjual barangan/servis yang sama atau bersifat sama daripada syarikat yang lain. Pengedar juga tidak dibenarkan menaja atau melibatkan pengedar imp2u dalam sebarang urusniaga jualan yang lain, sebelum mendapat kelulusan bertulis daripada imp2u.

 

2.3.4.  Pengedar imp2u adalah pengedar berdikari dan menjalankan perniagaan mereka sendiri. Tidak sesiapa pun daripada pengedar boleh mengaku yang dia mempunyai hubungan pekerjaan dengan imp2u; pengedar tidak mempunyai kuasa untuk membabitkan imp2u dengan sebarang perjanjian dalam sebarang bentuk atau keadaan. Pengedar imp2u berhak memasarkan barangan keluaran syarikat dan menaja pengedar baru serta melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pengedar.


 

 

2.3.5.  Setiap pengedar imp2u adalah tertakluk pada undang-undang negara  Malaysia.

 

 

3.       PEMINDAHAN KEAHLIAN DAN WARIS

 

·        Pemindahan keahlian

Pengedar imp2u tidak boleh memohon untuk menukar penaja mereka. Penaja adalah kekal untuk selama-lamanya.

 

·        Waris

Dalam kes kematian pengedar, maka segala ganjaran, senarai nama dan bonus syarikat akan diserahkan kepada waris mereka yang sah seperti yang dinyatakan di dalam borang permohoanan keahlian

 

4.       IKLAN DAN PENGGUNAAN NAMA

 

·        Penggunaan nama imp2u, logo, tanda niaga, nama produk, tanda nama dan lain-lain dalam sebarang bentuk promosi atau iklan mesti diluluskan oleh pihak imp2u secara bertulis.

 

·        Semua bahan bercetak, lukisan seni, kaset atau pita video keluaran imp2u adalah hakcipta milik syarikat, ia tidak boleh dicetak semula secara menyeluruh atau separuh untuk tujuan menyalin atau menyimpan, kecuali dengan izin bertulis daripada pihak imp2u.

 

4.3.    Sekiranya seseorang pengedar terpaksa membuat bahan sokongan perniagaan, dia harus terlebih dahulu mendapatkan kelulusan bertulis dari syarikat.

         

4.4            Bahan sokongan sedemikian sekiranya didapati bertentangan dengan polisi syarikat dan menjejaskan reputasi syarikat, maka pengedar berkenaan akan dipertanggungjawab dan boleh dibatalkan keahliannya.

 

4.5            Bahan sokongan perniagaan seperti DM (direct mail), kad nama dan risalah hanya boleh diedarkan atas nama perseorangan sahaja.

 


 

 

5.       ETIKA UMUM URUSNIAGA

 

Pengedar mengakui tidak akan mengeluarkan kata-kata, bandingan atau kenyataan yang tidak adil, menghina dan memberi gambaran yang salah dengan apa cara sekalipun tentang imp2u atau barangannya atau perniagaannya kepada orang lain (termasuklah pesaing). Pengedar juga mengakui tidak akan mengeluarkan kata-kata yang tidak adil, tidak tepat atau memberi gambaran yang tidak benar terhadap imp2u atau barangannya atau perniagaannya.

 

 

6.       PROSEDUR PEMBELIAN

 

6.1            Pengedar imp2u boleh membeli produk di ibupejabat atau stokis imp2u yang sah. Sila dapatkan resit pembelian selepas membeli produk.

 

6.2            Bayaran harus dalam bentuk tunai.

 

6.3            Semua harga barangan adalah berdasarkan harga pengedar yang ditetapkan oleh syarikat.

 

6.4            Barangan yang dibeli harus disemak terus dan sebarang masalah harus diselesaikan serta-merta.

 

6.5            Pengedar harus mengisi borang pesanan pengedar untuk tujuan simpanan dan rujukan.

 

6.6            Pengedar yang mahu barangannya dihantar ke alamatnya harus membayar kos pengangkutan.

 

 

7.       LARANGAN

 

7.1            Memperkenal atau menghebohkan produk dari syarikat lain.

 

7.2            Cuba menarik ahli dari kumpulan lain.

 

7.3            Memperbesar-besarkan cerita negatif syarikat lain atau Syarikat imp2u.

 

7.4     Mereka yang bertaraf pemimpin dilarang menjalankan perniagaan dari syarikat jualan langsung yang lain. Pihak syarikat berhak untuk menggantung keahlian dan menahan apa-apa bonus jika didapati ahli imp2u menyertai syarikat jualan lansung yang lain dan memburuk-burukkan syarikat imp2u.

 

 

UNDANG-UNDANG & PERATURAN

 

1.                 Mereka yang berumur 18 tahun ke atas boleh menjadi ahli atas nama sendiri atau syarikat berdaftar.

 

2.                 Ahli yang berdaftar bukannya sebagai agen, wakil atau kakitangan syarikat, tetapi mereka merupakan ahli bebas yang tertakluk kepada syarat-syarat biasa perniagaan mereka.

 

3.                 Ahli dilarang daripada mengambil mana-mana ahli yang sedia ada di bawah ahli lain.

 

4.                 Ahli yang secara langsung atau tidak dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang boleh menyinggung perasaan ahli lain dan syarikat yang juga boleh menjejaskan nama baik syarikat, pengurusannya dan barangannya, samada secara perlakuan atau kata-kata. Seandainya berlaku, akan ditamatkan statusnya tanpa sebarang tuntutan terhadap syarikat.

 

5.                 Ahli yang telah ditamatkan statusnya tidak boleh membuat sebarang tuntutan terhadap syarikat untuk mendapat sebarang pampasan kerugian hak, kehilangan hak kepercayaan ataupun lain-lain bentuk kerugian.

 

6.                 Ahli secara langsung berhak mengambil bahagian dalam mana-mana promosi yang dijalankan oleh syarikat sebagai tambahan kepada keuntungan insentif yang dibayar mengikut program syarikat.

 

7.                 Ahli boleh diberhentikan jika didapati mereka melanggar syarat-syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

 

 

KOD ETIKA DAN PERJANJIAN PENGEDAR

KOD ETIKA DAN PERJANJIAN PENGEDAR

 

1.                 Saya bersetuju untuk mematuhi semua syarat dan peraturan yang telah ditetapkan oleh syarikat ini.

 

2.                 Saya akan berlaku jujur dan amanah semasa menjadi ahli di dalam menjalankan aktiviti-aktiviti sebagai ahli, lebih-lebih lagi kepada diri sendiri, semua ahli dan juga syarikat.

 

3.                 Saya bersetuju untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri sepanjang menjalankan aktiviti pengurusan, perjalanan bersama syarikat.

 

4.                 Saya sedia ditegur dan diambil tindakan sekiranya saya melanggar syarat dan perjanjian apa lagi dengan polisi syarikat.

 

5.                 Saya akan membeli produk yang dikeluarkan oleh syarikat ini pada harga yang telah ditetapkan tanpa sebarang keraguan dan bantahan.

 

6.                 Saya akan cuba mematuhi akan pelan pemasaran yang dicadangkan serta mempraktikkan panduan pendapatan bulanan agar dapat saya meneruskan perjalanan dan mencapai matlamat yang diidamkan.

 

7.                 Saya tidak akan mengambil apa-apa tindakan dan membebankan pihak syarikat dari sebarang tuntutan dan kerugian dari segi barangan atau perbelanjaan sepanjang saya menjadi ahli syarikat.

 

8.                 Saya berjanji akan menjalankan perniagaan ini dengan penuh amanah dan berhemah. Jika saya didapati memburukkan syarikat atau melakukan perkara-perkara yang boleh menjatuhkan imej syarikat ini, saya bersetuju untuk pihak syarikat menamatkan keahlian saya di dalam syarikat ini.

 

AKAD PERNIAGAAN

 

Akad keahlian

 

Ahli mestilah bersetuju untuk menjadi ahli syarikat IMP Network Systems Sdn Bhd untuk memasarkan produk syarikat dengan harga dan pelan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 

Contoh akad :

 

Dari penaja :
Saya, (nama penaja) dengan ini melantik (nama ahli baru) sebagai ahli syarikat IMP Network Systems Sdn Bhd, untuk memasarkan produk syarikat dengan harga dan pelan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 

Dari ahli baru :
Saya (nama ahli baru) bersetuju untuk menjadi ahli kepada syarikat IMP Network Systems Sdn Bhd, untuk memasarkan produk syarikat dengan harga dan pelan pemasaran yang telah ditetapkan oleh pihak syarikat.

 

 

Akad menjadi wakil syarikat

Ahli mestilah bersetuju untuk menjadi wakil syarikat untuk melantik ahli baru syarikat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

Contoh Akad :

 

Dari penaja :
Saya, (nama penaja) dengan ini melantik (nama ahli baru) sebagai wakil syarikat untuk melantik ahli baru syarikat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.

 

Dari ahli baru :
Saya, (nama ahli baru) bersetuju untuk menjadi wakil syarikat untuk melantik ahli baru syarikat mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat.